Salam Perpaduan ?
Video khas sebagai hadiah kepada semua di mana menampilkan banyak extra, yg semuanya adalah member2 Ngektsai sendiri bagi memberi gambaran kepada masyarakat luar dan mengingatkan rakyat Sarawak sendiri yg mungkin alpa tentang nilai dan kekuatan kita sebagai Sarawakian.
.
Menerusi video, nyata sekali melambangkan kepelbagaian kaum sedang menikmati juadah berbuka puasa. Percaya atau tidak, situasi ini mmg tak asing di Sarawak. India bidayuh, melayu melanau, cina iban, iban asli, berbuka puasa bersama. Tiada isu agama, masing2 mengikut agama masing2 berdoa ketika berbuka. Enggan makan duluan kerana menghormati agama islam yg sedang berpuasa. Juadah tradisional Sarawak menjadi kepastian berbuka. Tiada prejudis atau diskriminasi di sini.
.
Kami sarawakian mmg dibesarkan dlm persekitaran pelbagai kaum, telah dididik menghormati dan menjaga kesensitivitian kaum lain. Masakan kami boleh bertahan lama sehingga hari ini? Pasti dek keutuhan jati diri yg sudah disemai dari bayi.
.
Semangat jati diri, kekitaan sarawakian jgn disalah ertikan. Kami tidak "racist" kepada masyarakat lain malah bersikap terbuka menerima n menghormati org luar ke tanah kami. Jika ada pun kata2 tak baik dilemparkan, percayalah ianya bukan kerana warna kulit, agama, bangsa sebaliknya adalah kerana "ATTITUDE". Semua org dilayan sama rata, tak kisah lah kau melayu, cina, kelabit, kalau "attitude" kurang kena pada situasi, pasti akan ditegur juga kerana di Sarawak, budaya diskriminasi boleh dikatakan hampir pupus.
.
Di sitok Ngektsai nak menyeru semua agar menjaga perpaduan kita sebagai satu bangsa. Semakin kita bersatu, kita takkan terkalahkan, malah suara kita semakin kuat didengar. Tok lah kekuatan sebenar kita. Jgn goyah dgn sentimen2 yg cuba memecahbelahkan kita kerana kita lebih tauk keadaannya di tanah kita. Urang jak irik ati ngan kita, bukak mata! Jum kita bersatu semangat untuk masa depan kita, anak2 kita, sampei bila2... sayangilah tanah tumpah darah kita dan doakan yg baik2 saja. Amin...
#ngek
#ngektsai
#ngektsaiarmy
Ps : best sik pelakon extra Ngektsai? Thanks guys! Nasib bait sidak setuju join. Mok rami member pelbagai kaum kedak ngektsai? Senang, jgn membeza beza. Haha